Friday, 4 December 2015

SYARAT MEMBELI RUMAH KOS RENDAH SELANGOR - SUBSALE

Rumah Kos Rendah. Bukan semua orang layak untuk memiliki rumah kos rendah ni. Bila dah namanya kos rendah, mestilah ada golongan sasaran tertentu. Ok, sebab banyak sangat orang tanya di Fb dan phone, saya kongsikan untuk makluman semua..Tapi ni syarat untuk rumah subsale atau rumah 2nd hand sahaja.

Untuk rumah baru boleh check di laman web Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS), saya akan kongsikan juga kemudian ya.

SYARAT UNTUK PENJUAL:

1. Pemilikan hartanah mestilah sekurang-kurangnya 5 tahun
2. Tertakluk kepada kululusan pihak berkuasa negeri

SYARAT UNTUK PEMBELI:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Jumlah pendapatan pembeli dan pasangan tidak melebihi RM 5000
4. Pembeli dan pasangan tidak pernah memiliki sebarang rumah
5. Pembeli atau pasangan tinggal / bekerja di Selangor atau dalam kawasan lembah Klang
6. Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri.

LIYANA (REN 00715)
+6013-5151933
Senior Real Estate Negotiator






12 comments:

  1. Assalam! Sis kalau saya dah ada rumah di luar Selangor, bolehkah saya membeli rumah kos rendah subsale di Selangor?

    ReplyDelete
  2. Assalam! Sis kalau saya dah ada rumah di luar Selangor, bolehkah saya membeli rumah kos rendah subsale di Selangor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tinggal di luar selangor tak boleh, kena bekerja atau bermastautin di Selangor.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Riyana,

    Nak tanya, kalau rumah Kos rendah sub-sale, apa syarat kelayakan gaji pokok untuk yang bujang?

    tq in advance for your reply. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis,boleh ke kuta beli rumah kos rendah ,bekerja d kedah ttpi alamat dlm IC selangor

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sis,boleh ke kuta beli rumah kos rendah ,bekerja d kedah ttpi alamat dlm IC selangor

    ReplyDelete
  7. waalaikummussalam, syarat kena bermastautin / bekerja di sini. family masih di sini? boleh cuba alasan akan balik ke sini duduk berdekatan keluarga .syarat low cost consent agak strict. sebab saya pernah lalui untuk kes client2 saya..

    ReplyDelete
  8. Saya tinggal di Selangor tapi dah membeli rumah di negeri Sembilan. boleh ke sy membeli lagi di Selangor?

    ReplyDelete
  9. salam. kalau dah bayar booking 3.18 percent, then loan dah lepas tp lphs tak luluskan plak sbb terlebih gaji. Boleh dptkan balik ke duit booking kita tu?

    ReplyDelete
  10. salam...saya agak kecewa ngan lawyer saya. Loan semua dah approve, LO dah sign. Bila nak buat SPA baru lawyer cakap saya tak boleh beli rumah tu sebab gaji lebih 5k. Kenapa lawyer tak boleh cek benda ni dari awal ke camne?Rumah tu rumah ayah saya. Ada cara lain ke untuk saya beli juga rumah tu sebab loan dah lepas... TQ

    ReplyDelete