Friday, 4 September 2015

MANA NAK MELABUR?



Pelaburan. Investment. Best untuk kita dengar kan?

Macam-macam jenis pelaburan ada. Pilih je mana yang nak. Tapi pilih pun tak boleh sesuka hati, yang penting mesti ada ILMU. Cari guru yang sesuai untuk belajar ilmu-ilmu pelaburan. Setiap pelaburan lain caranya, dan setiap guru lain caranya.

Pelaburan yang selalunya femes di kalangan orang kita:

1) Hartanah  
2) Emas
3) Saham
4) Unit Amanah
5) REIT
6) Forex
7) Simpanan Tetap
8) Bisnes
9) Insurans Hayat

Semua jenis pelaburan ada risikonya tersendiri. ada yang high risk, medium risk dan low risk.
kalau anda seorang risk taker, dan ada modal boleh cuba pelaburan yang berisiko tinggi. Ye lah, High Risk , High Return.

Kalau malas nak pening kepala, simpan je lah bank, Tabung Haji atau ASB. tak payah pening2. hehehe.

Tapi perlu diingatkan jugak, kalau nak melabur biar lah di banyak tempat, yang kita dah kaji risiko dan pulangannya. pepatah omputih selalu sebut, "DON'T PUT ALL EGGS IN A BASKET ".

Let's say ada RM 100,000 in hand tak perlulah kita pi beli cash rumah sebijik. Better agihkan dalam pelbagai sumber.

- RM 30,000 buat deposit beli rumah, selebihnya guna loan
- RM 30,000 simpan Tabung Haji
- RM 30,000 simpan ASB
- RM 5,000 masuk unit trust
- RM 4,000 buat modal bisnes.
-RM 1,000 buat beli emas

So, dari sumber2 pelaburan ni ada kita boleh menjana lebih banyak income. yang penting macam yang saya cakap tadi, perlu ada ILMU.

nak tulis lebih2 tak pandai macam perunding kewangan. boleh lah share hasil dari pembacaan sedikit2 ni.

Untuk listing hartanah untuk dijual dan tips hartanah lain, boleh klik
LIYANA PROPERTIES

LIYANA
Perunding Hartanah Berdaftar
REN 00715
4 September 2015



No comments:

Post a Comment