Tuesday, 8 September 2015

KERETA KE RUMAH?

Lepas keluar universiti, benda pertama yang nak beli bila dah kerja ialah kereta.

Keperluan katanya.


Ya, kereta sekarang memang keperluan. Tapi, bila dah namanya keperluan, kita guna kalau diperlukan sajalah, sebagai contoh untuk pergi balik kerja dan balik kampung.


Jadi, keperluan utama ialah memiliki kereta, BUKANNYA memiliki kereta berjenama mahal.


Dari pengalaman saya berjumpa pelbagai jenis orang ni, banyak orang yang susah nak buat loan rumah, ialah disebabkan kereta dan hutang peribadi.


Kebanyakkan fresh grad melakukan kesilapan yang besar dengan membeli kereta yang bayaran bulanannya 1/3 dari gaji yang mereka dapat. Kalau dapat gaji RM 3000, bayaran bulanan kereta mencecah RM 1000! RM 1000 untuk kereta je..tak masuk lagi sewa rumah,insurans, bil telefon girlfriend, duit makan, nak bagi kat mak ayah, internet dan lain-lain lagi..berapalah agaknya yang tinggal.. mungkin berpegang prinsip BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA? 


Info Susut nilai kereta 

sumber: www.trustedchoice.com



Kenapa perlu kereta mahal2 sedangkan jika kereta murah pun kita sampai jugak destinasi yang kita nak pi tu. Beli kereta tanpa deposit, buat loan sampai 9 tahun. kereta dah rosak loan tak habih bayar.

Tak masuk lagi maintenance, road tax, insurans, kos petrol, kos repair2, kos tukar tayar, kos nak service. banyak kannnn? mula2 memang tak kisah, sebab seronok bawak kereta baru bawak awek, jumpa kawan2. Bila kawan-kawan cucuk sikit, nak kena tambah aksesori , tukar sport rim. Darah muda lah katakan. saya paham sangat perasaan tu. Nasib baik tak terjebak je.. hehehe.


Satu perkara yang perlu anda ingat, KERETA akan susut nilai selepas kita beli. lama kelamaan menjadi besi buruk. Seorang kawan tadi memberitahu kereta baru yang dibelinya setahun lalu susut nilai RM 10,000 semasa renew roadtax pertama.


Berbeza dengan hartanah, nilai selalunya akan meningkat setiap tahun. Tahun 2012 beli rumah berharga RM 345,000, tahun 2015 harga semasa rumah susah hampir RM 500,000!!! of course bergantung kepada lokasi yang anda pilih. sebab tu saya selalu menegaskan pentingnya ilmu sebelum membuat apa2 pelaburan termasuk membeli rumah. 


kalau anda tak ada bajet lagi untuk membeli rumah, ye lah kos deposit dan lawyer yang agak tinggi, cari jalan penyelesaian. Ada tuan rumah yang boleh consider untuk tunggu pengeluaran KWSP, ada yang sanggup tunggu sehingga selesai disburst, Mungkin anda boleh melabur dengan instrument lain, contohnya Tabung Haji, Unit Trust, ASB dan sebagainya untuk mendapatkan pulangan yang masyuk. Boleh lah guna unutk buat deposit rumah nanti. 


Jadi, rancang kewangan sebaiknya, melaburlah untuk menjana income. Bertindaklah sekarang. Time wait for no men. 


LIYANA
REN 00715
Real Estate Negotiator

08-09-2015

No comments:

Post a Comment