KELAYAKAN
-----------------
-----------------
Q: Macam mana nak tahu kelayakan saya nak beli rumah?
A: Secara amnya, bank akan kira berapa % komitmen kita terhadap income. Maksudnya, berapa hutang yang kita ada sekarang lah. ia dipanggil Debt Service Ratio (DSR). Bagi kebanyakkan bank, umumnya DSR ialah 60% (maksimum) untuk orang yang bergaji RM 3000 , dan 70% (maksimum) untuk yang bergaji lebih RM 3000. Nilai adalah berbeza mengikut bank.
perlu diingatkan DSR itu akan dikira bersama bakal loan rumah yang anda akan buat.
jom kita tengok sikit contoh pengiraan:
Gaji: RM 3900
Komitmen bulanan sedia ada :
Pinjaman Peribadi RM 500
Kereta RM 750
Kad Kredit min RM 300
AEON kredit RM 200
Kereta RM 750
Kad Kredit min RM 300
AEON kredit RM 200
total : RM 1850
Komitmen sekarang : 1750/ 3900 = 44.8%
DSR maximum ialah 70%, jadi 70%-44.8% = 25.2%
hanya 25.2% dari gaji anda layak untuk buat loan rumah. untuk kes ini, 25.5% x RM 3900 = RM 983
Jadi, jika check mortgage calculator, harga rumah yang boleh anda beli ialah lebih kurang RM 185,000 - RM 190,000
(berapa bayaran bulanan untuk harga rumah, boleh google mortgage loan calculator)
haaa macam tu lah contoh pengiraan kelayakan loan anda, tapi kalau boleh tak payah la ambik cukup2 DSR maximum 70% tu untuk lebih selamat. Ada bank DSR maximum 40% untuk gaji RM 3500 ke bawah, dan 60% untuk RM 3500 ke atas.
Ada jugak kriteria2 lain bank akan tengok dan berbeza mengikut bank.
Yang penting pastikan anda tiada rekod buruk di CCRIS dan CTOS.
Kalau anda ada kemusykilan bab lain, boleh komen saya akan jawab di post seterusnya smile emoticon
Salam, kalau pendapatan saya 1500 adakah saya layak utk membeli rumah. Dan saya masih tiada sebarang hutang atau loan
ReplyDeleteSalam, kalau pendapatan saya 1500 adakah saya layak utk membeli rumah. Dan saya masih tiada sebarang hutang atau loan
ReplyDeletegaji 1500 boleh beli rumah, tp jika tiada komitmen, mungkin agak sukar, boleh start buat credit card, guna lps tu terus bayar (memerlukan disiplin yg tinggi), atau loan ASB untuk wujudkan komitmen..maaf lambat reply..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHello... Kalau gaji saya dalam rm1500 EPF kurang blh believe rumah ke??
ReplyDeleteHi, boleh.. harga rumah around 100K boleh.. tp tengok juga komitment loan yang ada sekarang. boleh terus whatsapp saya 013-5151 933 untuk fast reply
Deletesaya gaji 1300 mau beli rumah harga bawah 80k bole? ada org bile tlg x? wasap saya 0192502759 mujizat
ReplyDeletetengok komitment encik macam mana.. whatsapp saya kawasan mana yang berminat , saya scan gaji encik dulu ya..
Delete013-5151933
Hi Riana,
ReplyDeleteThis is very interesting entry. Kalau gaji 2.5k, 1k ialah ASB loan, rm150 monthly ptptn and have minimum payment for credit card rm200 monthly, do you think im eligible for house loan? And how much is the max price for housing? Would love to hear advise from you :)
hi alliza ali hossen, unfortunately your current commitment is quite high. exceed 50% of income. should be around 50% of income including monthly payment for house loan. sorry very late reply. for fast reply pls just whatsapp me 013-5151933
Deleteanggaran gaji saya 1500 .. comitment ptptn 200 internet 140 .. itu sahaja.. mampukah sye nk beli rumah ..?? dgn max brape harga nyer???
ReplyDeletelebih kurang RM80K..
Deletekalau gaji wife saya 2200 termasuk OT and Gaji saya pn 2200 termasuk OT Campur keduanya 4400. Tanpa hutang kereta a
ReplyDeletedakah bank terima loan saya anggaran 190K???
inshaAllah boleh lulus 190K , tapi OT tu kena perincikan lebih lagi sebab bank tak kira 100%.
Delete