Friday, 26 June 2015

INSURANS RUMAH?

Assalamualaikum ~
‪#‎tipshartanah‬ untuk hari ini.
Hari ni kita sembang sikit bab insurans. 
Bila beli rumah, selain kos2 seperti stamp duty, SPA dan lawyer bank, insurans pun perlu ada.
Gunanya insurans ni, macam insurans personal lah. Rumah pun perlu dilindungi. So kalau pemilik rumah dah siap2 ambik insurans untuk rumah, tak perlu risau ahli keluarga nak sambung bayar rumah tu kalau dah meninggal dunia atau hilang upaya kekal.
Basically, jenis insurans adalah seperti berikut:
1. MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance)
    @ MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful)

2. MLTA (Mortgage Level Term Assurance)
    @ MLTT (Mortgage Level Term Takaful)
dimana 'Asssurance' adalah insurans konvensional dan 'Takaful' menepati Shariah.

===============================================================================

Apa beza MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT ni ?

MRTA/MRTT
-berfungsi untuk melindungi pemilik
-melindungi jika pemilik meninggal dunia atau hilang upaya kekal
-kaedah bayaran, sekaligus dan biasanya dimasukkan dalam pinjaman bank
- jumlah bayaran yang rendah
- tidak boleh dipindah milik, satu MRTA/MRTT untuk satu pembiayaan rumah
-jika berlaku kematian/ hilang upaya kekal, MRTA/MRTT akan cover baki hutang dan pewaris tidak menerima cash

MLTA/MLTT
-berfungsi untuk melindungi pemilik
-melindungi jika pemilik meninggal dunia, hilang upaya kekal atau ada 36 penyakit kritikal
-kaedah bayaran: Memerlukan komitmen sepanjang tempoh perlindungan dari segi pembayaran samada tahunan, setengah tahunan, suku-tahunan atau bulanan
- jumlah bayaran yang tinggi
- ahli keluarga sebagai pewaris
- boleh dipindah milik, maksudnya boleh digunakan untuk banyak hartanah.
-Mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh perlindungan.
-Boleh membuat pengeluaran sejumlah simpanan dari pelan tersebut untuk kegunaan peribadi
-Boleh dimasukkan sebagai pelepasan cukai pendapatan
-Jika berlaku kematian/hilang upaya kekal, insurans akan cover baki hutang dan pewaris akan dapat wang tunai.
Bagi pelabur-pelabur hartanah, MLTT/MLTA biasanya menjadi pilihan kerana boleh digunakan untuk lebih dari 1 property.
Maknanya, kalau beli rumah lain, MLTT tu boleh di topup.
Kalau jual rumah pun, MLTT yang sedia ada boleh digunakan untuk beli rumah lain lagi.

Untuk pembeli yang beragama Islam, dinasihatkan ambillah pelan Takaful. 
untuk maklumat lanjut, boleh hubungi agen2 insurans berdekatan anda



Nak cari rumah?
*****************************
jom contact saya
LIYANA
013-5151 933
call/whatsapp/SMS
Agen Hartanah Berdaftar
********************************

No comments:

Post a Comment