==========================
Assalamualaikum, ada tak di antara anda sedang menjual rumah? Rasa susah nak jual tak?
Ikut pengalaman saya sebagai perunding hartanah, ada rumah yang mudah dijual, ada yang susah dijual, walaupun berada dalam kawasan yang sama.
Saya kongsikan beberapa tips untuk anda menjualkan rumah anda dengan lebih mudah.
1. Semak harga pasaran rumah anda.
Boleh rujuk bank yang berdekatan, atau cara paling mudah,melalui iklan-iklan di internet. Namun,perlu diingat harga yang diiklankan tidak semestinya mengikut harga pasaran, cuma boleh dibuat rujukan.
Jual sedikit murah berbanding harga yang orang lain iklankan. Ini lebih baik dari membuka harga yang tinggi kemudian menurunkan harga selepas beberapa lama rumah tidak dijual. 'PRICE IT RIGHT FROM THE START'
2. Bersihkan rumah anda.
Rumah yang ingin dijual mestilah berada dalam keadaan yang bersih dan kemas. Bukan dengan membiarkan baju-baju yang belum dilipat berada di sofa, permainan anak-anak bertaburan di atas karpet, pinggan mangkuk masih belum dibasuh. sekali pun anda tidak ada masa untuk melakukannya, upah pencuci atau pembantu harian untuk mengemas rumah. Jangan buat temujanji di kala rumah anda berada dalam keadaan yang berselerak.
3. Baiki kerosakan.
Baiki kerosakan seperti kebocoran paip, flush tandas rosak, tombol pintu, lantai parquet yang rosak, lubang-lubang yang ditebuk di dinding dan apa-apa masalah rumah anda. Kebanyakan pembeli ingin beli dalam keadaan yang sudah sedia unutk diduduki. Kos kerosakan kecil akan menyebabkan pembeli menawarkan harga yang murah untuk rumah anda. Rumah anda hanya rosak di bahagian paip air tandas, flush rosak dan tersumbat, kos membaiki mungkin hanya RM 1,500, tetapi pembeli akan meminta diskaun RM 10,000 untuk rumah anda dengan alasan banyak benda yang perlu dibaiki.
4. Pastikan dapur anda dalam keadaan terbaik.
Dapur adalah sangat penting untuk impression bakal pembeli. Pastikan sudah dibersihkan dan tersusun ketika orang datang melihat rumah.
5. Cat
Cat rumah anda jika dinding-dinding sudah kotor dan penuh dengan contengan anak-anak. Dinding yang comot menyebabkan bakal pembeli tawar hati dan boleh jadi akan meminta pengurangan harga yang kadang-kadang tidak munasabah.
6. Pindahkan haiwan peliharaan
Bukan semua orang sukakan haiwan di dalam rumah. pastinya mengundang rasa tidak senang jika lihat bekas2 buangan najis haiwan peliharaan kita di dalam rumah.leakkan sebentar di pets hotel.
7. Hilangkan bau rokok dan wangikan rumah
Bau rokok menyebabkan rumah berbau rokok dan tidak segar. Tips mudah, letakkan satu mangkuk cuka selama 3 hari di mana-mana tempat di dalam rumah untuk menghilangkan bau rokok. Cuka memang agak kuat baunya, tetapi cepat hilang selepas dibuka tingkap2. Sembur rumah dengan pewangi rumah atau pasangkan lilin pewangi.
8. Pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
Buka tingkap-tingkap, langsir, dan lampu untuk pencahayaan dan pengudaraan yang baik dan ilusi yang lebih luas untuk rumah anda. Bakal pembeli akan berasa selesa dan merasa dialu-alukan untuk ke rumah anda.
8. Rapikan bahagian luar rumah
Luar rumah merupakan 'first impression' terhadap rumah anda. Jangan biarkan kawasan luar kelihatan seolah-olah rumah terbiar. Potong rumput, jangan biarkan barang-barang yang tidak digunakan berada di porch kereta.
9. Gambar
Ambil gambar rumah anda yang telah cantik dan kemas sebelum diiklankan di internet dan mana2 medium pengiklanan.
10. Perunding hartanah
Gunakan khidmat perunding hartanah yang berdaftar untuk melancarkan urusan jual beli. Mereka mempunyai chanel yang luas untuk mempromosikan rumah anda.
Happy Selling, Happy Living smile emoticon
Salam dari Liyana Properties
#tipshartanah #tiphartanah #panduanmenjual #ejenhartanahberdaftar
No comments:
Post a Comment