Monday, 5 January 2015

KADAR ASAS ATAU BASE RATE BANK 2015

Seperti dijanjikan saya akan senaraikan kadar asas pinjaman untuk bank-bank di Malaysia dimana tarikh efektif nya ialah 2 Januari 2015.

Sehingga tahun lepas, setiap pinjaman di mana-mana bank menggunakan BLR (Base Lending Rate- Conventional) dan BFR (Base Funding Rate - Islamic) di mana kadarnya ialah 6.85%. BLR /BFR ni bergantung kepada bank negara dan situasi ekonomi semasa negara.

Untuk pinjaman perumahan, kadar BLR/ BFR 6.85% . selalunya bank akan memberi diskaun atau special rate untuk customer di mana kadar faedah akan ditolak 1.85%-2.4%.

Contohnya, jika anda membuat pinjaman RM 350,000. biasanya bank akan bagi minus 2.3%, Jadi total interest ialah 4.55%.

Tapi bermula 2 Januari 2015, Bank Negara Malaysia dah umumkan tentang penggunakan Base Rate (Kadar Asas) menggantikan BLR/BFR. Kadar Asas ni merupakan kos operasi bank untuk setiap pinjaman. Katanya, BR lagi telus berbanding BLR dan akan berubah setiap 3 bulan.

Ini yang saya dapat di website Bank Negara Malaysia.



Senarai bank dan Kadar Asas pinjaman:

Local Commercial Bank

AFFIN BANK                 3.99%
AMBANK                       3.99%
 HONG LEONG BANK 3.99%
ALLIANCE BANK        4.00%
CIMB                              4.00%
RHB BANK                   4.00%
MAYBANK                   3.20%

Non Commercial / Islamic Bank

BANK ISLAM               3.90%
BANK MUAMALAT    3.90%
BANK RAKYAT           3.87%
BSN                                4.00%

Bank Luar Negara

HSBC                              3.90%
OCBC                              4.02%
STANDARD CHARTERED      3.67%
KUWAIT FINANCE HOUSE    2.96

Jumlah faedah adalah berbeza setiap bank, sebagai contoh saya bagi kadar faedah untuk pinjaman perumahan untuk Hong Leong dan Affin Islamik Bank.

HONG LEONG BANK (BR=3.99%)

RM 300K ke atas         : BR + 0.66% = 4.65%
RM 200K - RM 300K : BR + 0.76% = 4.75%
RM 100K - RM 200K : BR + 0.86% = 4.85%
RM 100K ke bawah    : BR + 1.96% = 5.95%


AFFIN ISLAMIC BANK (BR = 3.99%)

RM 200K - RM 300K : BR + 0.76% = 4.75%
RM 300K - RM 500K : BR + 0.56% = 4.55%
RM 500 K ke atas       : BR + 0.46% =  4.45%

Kalau tengok, rate interest lebih kurang je dengan sebelumnya. cuma sebelum ni kadar interest akan minus dari BKR, kali ni dia akan + dari BR.
serba ringkasnya macam ni lah, benda baru, saya pun tak boleh nak predict macam mana. kena gali lagi. :)

Jom, masukkan pemilikan hartanah pertama sebagai salah satu azam anda!

boleh hubungi saya

LIYANA 013-5151 933

untuk maklumat lanjut.








No comments:

Post a Comment